nuffnang

Thursday, February 24, 2011

lawak pulak!!!



di sebuah sekolah di pedalaman Pahang....yang penduduknya majoriti penduduk Orang Asli, telah menerima kehadiran seorang guru baru. Guru tersebut mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Setelah beberapa episod di sekolah itu, tibalah waktunya guru tersebut mengajar Pantun Melayu kepada anak-anak muridnya.

Guru : Murid-murid,hari ini cikgu hendak mengajar Pantun 4 kerat.

(proses P&P pun berjalan dengan lancar)

Untuk memantapkan lagi proses P&P, guru tersebut pun memberi contoh pantun.....tapi hanya 2 kerat saja , yang lagi 2 kerat tu...guru tersebut minta murid selesaikan memandangkan pantun tersebut adalah pantun yang popular di kalangan masyarakat Melayu...

Guru : Baiklah, siapa yang boleh lengkapkan pantun ini...

DUA TIGA KUCING BERLARI
MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG
......................
......................

Tak seorang murid pun yang mengangkat tangan...jadi guru tersebut terpaksalah memanggil nama murid untuk selesaikan pantun itu......

Guru : Min, cuba selesaikan.

(Min pun bangun dengan bangganya)

Min : DUA TIGA KUCING BERLARI
MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG

NAK SHAMER, SHAMER LAH,
TAK NAK SHAMER SHUDAH.

Setakat ini saja pelajaran pada hari ini...
===================================================================================
seorang nenek dan cucunya menaiki bas dua tingkat.

Cucu: Marilah nenek kita naik ke tingkat dua. Di atas masih ada tempat duduk.
Nenek: Eh...sudah-sudah. Nenek tidak mahu naik, nenek takut.
Cucu: Mengapa nenek?
Nenek: Di tingkat atas tidak ada pemandu!
====================================================================================
orang bodoh = pakai credit card sampai maximum, lepas tu takleh bayar (berlagak macam org banyak duit!)
Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain bayarkan (pakai kad klon la tu!)

Orang bodoh = ada motor tapi gi kerja nak naik LRT jugak (kes suka 'bergesel'la ni)
Orang pandai = takde motor, takde kereta, takde LRT tapi ada otak (kes suka numpang kereta or motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!)

Orang bodoh = company dah sediakan nescafe, milo, biskut bla bla bla tapi gi minum gak kat cafeteria kena bayar plak tu
Orang pandai = tak minum kat cafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut bla bla bla angkut bawak balik !!!!

Orang bodoh = beli suratkhabar sebab nak tengok nombor ekor je pas tu buang
Orang pandai = orang yg tunggu org bodoh buang pas tu dia kutip... dapat baca semua sekali wo

Orang bodoh = kentut kuat² kat office pas tu bangga ngan baunya
Orang pandai = kentut senyap sunyi (takde bunyi) baunya... boleh buat unta sakit perut! dhab pun koma sekejap! pas tu bermati-matian salahkan member sebelah guess sapa member sebelah tu?...sibodoh yg kentut kuat tula!)

Orang bodoh = ada masalah cerita kat orang pandai
Orang pandai = dengar masalah orang bodoh pastu cerita kat orang bodoh yang lain, pas tu membodohkan orang bodoh tu...jadinya orang bodoh yang pertama tu jadi bodohs (plural)

Ada lagi...scroll down





Orang bodoh = orang yg buang masa baca cerita ni!
Orang pandai = saper yang forward cerita ni... há há há...aku la tu...
jadi yang mana satu pilihan bijak?
pandainyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

LEPAS BACA JANGAN MARAH.....NANTI KENA JUAL!!!!
****kalau nak jadi org yg pandai, cepat-cepat ler fwd cerita nih.......heheheheeeee..........

p/s: takkan nak kena sorang2 kan??? Kan?? Kan???
=================================================================
seorang Doktor sedang memberi berita yang kurang baik buat seorang pesakitnya.

Dokter: Saya membawa dua kabar buat anda!
Pesakit: Khabar apa doktor? Baik atau buruk!
Dokter: Maaf berita yang saya bawa buruk. Mahu yang mana dulu yang buruk atau yang paling buruk.
Pesakit: Yang buruk dulu doktor(dgn muka yg murung pesakit itu menjawab)
Dokter: Berita buruknya hidup anda hanya tinggal kurang dari 24 jam.
Pesakit: Ah... benar ke doktor?
Dokter: Ya benar.
Pesakitien: Apakah berita yang paling buruk?
Dokter: Sesungguhnya saya sudah mencari anda dari semalam untuk mengkhabarkan berita ini......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...