nuffnang

Saturday, February 12, 2011

chewing gum is a banned stuff In Singapore


Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam.

Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?" Lepas tu diorang makan limau plak.

PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand" Last sekali, diorang makan chewing gum,

seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand"

Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?" PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje." Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore

" Erk! muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban

papa dan mama

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:

"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:

"Dimana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:

"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.

Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..

hantu oh hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

cerita lucu(just for joke)

Alkisah, ada 3 orang adik beradik, yang mana ketiga-tiga perempuan.

Anak yang sulung, namanya Rozana, yang kedua namanya Rozita, dan yang ketiga nama Roslina. Oleh kerana mereka ini anak kesayangan kedua orang-tuanya, maka mereka dikahwinkan bertiga secara serentak dengan pasangan pilihan masing-masing. Selepas berkahwin, pergilah mereka berbulan madu atau dalam bahasa Inggerisnya Honeymoon ditempat yang berasingan mengikut selera mereka dan pasangan masing-masing. Rozana memilih untuk berbulan-madu ke Pulau Tioman di Pahang, Rozita pula bercadang nak ke Pulau Pangkor, Perak dan Roslina ke Langkawi, Kedah.

Sebelum mereka pergi berbulan madu, kedua-orang tua mereka berpesan dan meminta agar mereka menghantarkan berita tentang segala apa yang terjadi sepanjang tempoh berbulan-madu itu. Oleh kerana kedua orang-tua mereka menggunakan telefon bimbit, maka ketiga-tiga anak mereka diminta mengirimkan pesanan ringkas (SMS) mengikut KOD yang mereka faham berdasarkan iklan di TV, Majalah, Akhbar dan lain-lain media.

Tiga hari selepas mereka pergi berbulan madu, sampailah mesej pertama dari anak sulung mereka Rozana, berbunyi ringkas “STANDARD CHARTERED“. Setelah kedua orang-tua mereka mendapat pesanan tersebut, cepat-cepat mereka mencari iklan standard chartered di dalam akhbar. Iklan itu berbunyi ” BESAR, TEGUH, PERAMAH”, maka tersenyumlah ayah dan bonda Rozana? Fahamlah mereka yang anak meraka sedang berbahagia.

Pada hari keempat, tiba lagi satu SMS dari Rozita di Pulau pangkor. SMSnya pendek saja, “NESCAFE“. Dicarinya iklan Nescafe di dalam majalah dan dibacanya iklan tersebut,..berbunyi,? “NIKMATNYA SAMPAI KETITISAN TERAKHIR“. Tersenyum bangga kedua orang tua Rozita, sambil ketawa tak kering gusi, happy.

Masuk hari kelima, tiada apa diterima. Begitu juga hari keenam dan ketujuh. Tiada berita dari anak bongsunya. Ayah dan emak Roslina mengeluh dan terdetik dalam hati mereka? “anak aku ni, dah dapat suami langsung lupakan aku?sampai hati mereka,..hingga tak menghantar khabar berita kepada aku pun?”

Seteleh masuk minggu kedua, akhirnya tiba-tiba handphone ayah Roslina berbunyi “Beep, beep” tanda mesej sampai. Lalu dibaca mesej ringkas itu berbunyi?. “CATHAY PACIFIC” Dengan segera kedua orang-tua Roslina mencari iklan dari majalah. Didapati iklan tersebut berbuny,? “7 KALI SEMINGGU, 3 JAM SEHARI, NON-STOP!!!!!!” ??????????????..

Cerita pelik

Di Thailand, 5 orang nelayan mati apabila menghidu bau ikan yang telah reput sementara 2 orang yang lain dimasukkan ke hospital. Ikan yang reput tersebut berada dalam satu bekas dan apabila mereka buka bekas tu, mereka pun terhidula bau yang amat busuk dari ikan yang telah reput tu! Bayangkan bau ikan yang reput pun boleh buatkan manusia mati! Betapa lemahnya kita sebagai manusia, dengan bau ikan pun kita tak tahan!

Di China, kerajaan China mengharamkan pembukaan Cyber Cafe baru untuk tahun 2007 kerana bimbang dengan ketagihan internet yang melampau di kalangan penduduk China. Pada minggu lepas seorang guru mati selepas bermain game internet selama tujuh hari tujuh malam tanpa henti semasa cuti perayaan Tahun Baru China! Ni lagi satu berita yang membuatkan saya pelik, Orang China betul-betul dah ketagih internet, saya rasa mungkin sebab kat sana hiburan pun banyak disekat, jadi mereka mempunyai tak banyak saluran untuk mendapatkan hiburan selain daripada internet!

Di Mumbai, India, Starbucks satu rangkaian restoran kopi yang popular di seluruh dunia sedang bertarung untuk menghalang satu rancangan oleh seorang usahawan Shahnaz Hussein yang bercadang ingin membuka satu rangkaian restoran kopi yang diberi nama Starstrucks! Starbucks memberi alasan nama yang digunakan oleh Shahnaz terlalu mirip dengan Starbucks dan mendakwa Starstrucks ingin mendapat publisiti percuma dengan menggunakan nama tersebut! Saya berfikir, kat Malaysia ni berlambak jenama yang hampir serupa tapi tak kisah pun, sebagai contoh Adidas. Saya pernah jumpa baju jenama Abibas, tapi kenapa Adidas tak bising pun?

Di Karachi, Pakistan,
Beliau seorang lelaki dikehendaki polis selepas beliau bertindak menggali kubur bapanya yang telah mati 2 tahun yang lalu dengan harapan untuk menghidupkan kembali bapanya! , Abdul Rehman merampas sebuah ambulans dan membawa mayat bapanya ke rumah. Keluarga beliau memberitahu, Abdul Rehman, tidak pernah dapat mengatasi rasa sedihnya selepas kematian bapanya dan tak dapat terima kenyataan itu! Inilah manusia sekarang, sampai tak dapat terima kenyataan. Harap kita dijauhkan dari benda-benda macam tu!

Di China lagi, Pihak berkuasa tempatan di satu wilayah di China menguatkuasakan undang-undang yang membolehkan merekamendenda setinggi USD600 pada hotel-hotel yang tidak menyediakan kondom untuk pelanggan mereka, dalam usaha untuk membendung penyakit Aids. Saya rasa langkah ni ada kebaikan dan juga keburukan jika dilaksanakan di Malaysia. Kebaikannya ialah dapat membendung penyakit berjangkit, bukan saja Aids, tapi keburukan jika dilaksanakan di Malaysia ialah ianya seperti memberi kebenaran kepada seks bebas. Ia seperti "Buatlah seks bebas asalkan anda pakai kondom".Orang muda mesti fikir macam tu!

sumber..internet(copy paste je)

Pagi yang agak sunyi

hmmmm bngun pagi2 x tau nk share ape2.....pikir punyer pikir dpat satu ide menarik punye.....
...pagi xdi tido kfol 3.pagi bngun kul 8.39 dah xdpat tido dah nk wat keje sikit
tentang citer up pixar sape=saper ade idea boleh la konsi kat sini pls sbab aku pn xtau nak wat ape..
kne tungu mamber group yang lain bangun dulu la nampaknye..
hahahahahahha...
kegilaan seorang diri di waktu pagi..

qisah lucu


Mula kisahnya begini: 8)


Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad
endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

=====================================

Cerita 2

Ada la seorang lelaki datang ke sebuah rumah
untuk meminta derma. Derma untuk rumah
orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.

Budak : Derma ape bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik
ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti jap saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????

=====================================

Cerita 3

Tunang Farid, Siti menelefonnya untuk memutuskan
pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada
teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan
semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu
gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang
selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........

======================================
Cerita 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik.
Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.
Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

======================================
Cerita 5

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda
dan kebetulan pada jalan pulang terserempak
dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu.

Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah
kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1
sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

========================================
Cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..

Posmen: "Assalamualaikum"
En. Sameon: "Walaikumsalam"
Posmen: "Ni rumah encik Sameon ye?
En. Sameon: "Ya saya"
Posmen: "Poning kepala saya mencari alamat rumah
encik ni"
En. Sameon: "Buat susah aje encik nie! Apasal tak
pos aje?!!"
Posmen: "Betul jugak yer!???"

========================================
Cerita 7

Orang Asli Dan Polis

Orang asli : "Selamat pagi tuan"
Polis : "Selamat pagi"
Polis : "Apa hal?"
Orang asli : "Saya nak buat repot tuan"
Polis : "Fasal apa tu?"
Orang asli : "Kawan saya di baham harimau"
Polis : "Pukul berapa?"
Orang asli : "Dia tak pukul, terkam ..."
Polis :"Habis?..."
Orang asli : "Tak habis, tinggal kepala.."

=========================================
Cerita 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah
matanya diperiksa, dia bertanya:

"Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke
saya membaca macam orang lain?"

"Dah tentu" jawab doktor.

"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf,
akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.

=========================================
Cerita 9

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang
menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin
sedang menangis teresak-esak. Dia segera
mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah
dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.

Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis.

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

=========================================
Cerita 10

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk
menghantar surat.

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan
surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?".

"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawab
atoknya.

Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan
atok duduk dalam tong merah tu?"

========================================
Cerita 11

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah
hospital untuk menyiasat punca kematian tiga
lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat
itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat
berkenaan.

Polis : "Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?"

Penjaga : "Lelaki pertama sedang bersanding,
apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula
khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung manakala yg ketiga disambar petir."

Polis : "Hah! Kenapa disambar petir pun
tersenyum?"

Penjaga : "Masa tu dia ingat orang sedang ambil
gambarnya!"


Begitulah al-kisahnya

Haloo


Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)


---- sumbangan: Harun S.B

Kisah Mat Rempit


Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!


---- sumbangan:
PDRM

Friday, February 11, 2011

Nasi Goreng bergula

tambah kicapm baru sodap

tukang buat air dah sampai itupun kurang gula
telur goreng (ni je la yang sempurna)
penat lelah budak umah aku masak nasi goreng bergula yang dimasak oleh tukang masak yang sangat "prpfesional"

Nak letak ape ye..???




Motor paling laju

Senarai 10 Motorsikal Terpantas Di Dunia
1.Dodge Tomahawk

enjin : 10 silinder 90 degree v type
kepantasan maksimum : 350 miles perjam/560 km/j
kuasa : 500 tenaga kuda 370 KW @ 5600 rpm (45 KW/L)
transmission : 2 speed manual

2 Suzuki Hayabusa
enjin : 1340 cc (82 cu in),4-stroke,4 silinder,liquid-cooled,DOHC,16 valve
kepantasan maksimum : 248 miles per jam (397 km/j)
kuasa : 197 tenaga kuda 147 KW @ 6750 rpm
transmission : 6 speed.contast mesh

3 MTT Turbine Superbike Y2K
enjin : Rolls Royce 250-C20 turbo shaft
kepantasan maksimum : 227 miles per jam (365 km/j)
kuasa : 320 tenaga kuda 239 KW @ 52,000 rpm
transmission : 2 speed automatic

4 Honda CBR1100XX Blackbird
enjin : 1137 cc liquid cooled inline 4 silinder
kepantasan maksimum : 190 miles per jam 320 km/j
kuasa : 114 KW @ 10,000 rpm
transmission : close ratio 6 speed

5 Yamaha YZF R1
enjin : forward inclined parallel 4 silinder,20 Valves,DOHC,liquid cooled
kepantasan maksimum : 186 miles per jam (297km/j)
kuasa : 128,2 tenaga kuda 95,6 KW @ 10000 rpm
transmission : constant mesh 6 speed

6 MV Agusta F4 1000 R
enjin : liquid cooled,inline,4 silinder,DOHc,16 radial valves
kepantasan maksimum : 185 mph (299 km/j)
kuasa : 174 tenaga kuda (128 KW)
transmission : multi disc wet clutch,6 speed casette gearbox

7 Kawasaki Ninja ZX-11/ZZ-R1100
enjin : 1052 cc 4-stroke,4 silinder,DOHC,liquid cooled
kepantasan maksimum : 176 miles per jam (283 km/j)
kuasa : 108 KW 147 PS @ 10,500 rpm
transmission : 6 speed

8 Aprilia RSV 1000R Mille
enjin : 998 cc 60 degree V twin
kepantasan maksimum : 175 miles per jam (281 km/j)
kuasa : 105,24 KW,143.09 PS,141.13 hp @ 10000 rpm
transmission : 6 speed,chain drive

9 BMW K 1200 S
enjin : 16 valves,4 silinder,DOHC,horizontal in line,liquid cooled
kepantasan maksimum : 174 miles per jam (278 km/j)
kuasa : 164.94 tenaga kuda (120.4 KW) @ 10250 rpm
transmission : 6 speed manual

10 Ducati 1098s
enjin L twin silinder,4 valves per silinder desmodromic,liquid cooled
kepantasan maksimum : 169 miles per jam (271 km/j)
kuasa ; 119.3 KW,160.0 bhp @ 9750 rpm
transmission : 6 speed chain
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...