nuffnang

Wednesday, June 15, 2011

Kuda

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,

"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"

Maka dengan selambanya budak tu berkata,
"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu.

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

"Cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?"
Dengan selambanya budak tu jawab,

"Nak kena jentik lagi...??"

kambing

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

Doktor : "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"

Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.

Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Sang Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?
"Salim berada di dalam air melatih kambing berenang"

Pembohong

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...

Cuti Sakit

Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.

Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?

Cikgu : Ya, saya.

Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.

Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?

Salmah : Emak saya...

Matahari

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
Orang gila 2 : "Tahu apa?"
Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:
Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Dokter : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."
Dokter : "???"

Tuesday, April 12, 2011

.....!!!

..lama den x updet blog den nie....
.......x tau la nak ltak apo agi nie ar...
...........maso pon xdo nak cri brang nk ltak...
...........................sobar jela yo nati den updet la.........

Saturday, March 26, 2011

Sepintas lalu tentang 2 Segitiga Syaitan

Salaaaam alaikum w.b.t……. Ramai yang dah tahu tentang 2 tempat istimewa ini. Cuma saya mahu mencorat-coret di sini sekiranya dapat menambah pengetahuan saudara. Bak Saidina Ali r.a pernah berpesan hendaklah kita mengenal kebaikan dan mengenal juga keburukan. Kita mengenal Allah dan kita mengenal juga syaitan. Tapi kenal syaitan jangan lepas tu bercinta dengan dia pulak! Tetapi kenal sekadar mahu tahu apa kelemahannya dan strateginya. Ibarat jika mahu berperang, mesti tahu dan kaji kelemahan musuh. Baru boleh berperang dengan baik insyaAllah.
Apakah dia 2 segitiga Syaitan ini?
2 Tempat popular itu ialah Segitiga Bermuda – Bermuda Triangle yang letaknya di antara perairan Florida, Amerika Syarikat – Puerto Rico, Mexico – dan kepulauan Bermuda (sila rujuk peta di bawah) di lautan Atlantik dan Segitiga Naga – Dragon’s Triangle (atau dikenali juga sebagai Laut Syaitan) yang letaknya diperairan Jepun iaitu di kepulauan Miyake, Lautan Pasifik, 100 km dari Tokyo. Dan segitiga ini berhampiran dengan satu lagi segitiga yang hebat sepertimana Segitiga Bermuda juga iaitu Segitiga Formosa yang berada di kepulauan Formosa, Taiwan. Dan bagi saya, Segitiga Formosa dan Segitiga Naga ini adalah seperti adik-beradik kerana ia amat hampir dan kejadian-kejadian aneh pun berlaku di sana sepertimana Segitiga Bermuda. Maka saya simpulkan bahawa ianya adalah kerajaan Iblis di sebelah timur , di samping Segitiga Bermuda yang mewakili kerajaan utama Iblis di sebelah barat.

Seperti yang anda dapat dilihat dalam peta-peta di atas, kedua-duanya berada di garisan tengah Bumi dan satu di sebelah barat (Segitiga Bermuda) dan satu di sebelah timur (Segitiga Naga). Kedua-duanya seperti sudah dirancang dan ada maksud yang tertentu. Cuma dalam firasat saya, yang sebelah barat itu adalah kerajaan yang mengawal sebelah barat Bumi manakala yang sebelah timur itu pula mengawal sebelah timur Bumi. Begitu strategik sekali pemilihan yang dibuat oleh mereka yang terlibat itu, isy7
Kedua-dua tempat ini sangat popular dengan kehilangan kapal, pesawat dan kehilangan-kehilangan misteri lain apabila melalui kawasan tersebut. Tetapi bukan kesemua yang melaluinya akan hilang, tetapi sejarah banyak membuktikan betapa terlalu banyak yang sudah menjadi korban dan akhirnya sepi tanpa berita (missing in action) di kawasan itu.
Mengapa kapal atau pesawat boleh ghaib dengan tiba-tiba di situ?
Ini lah yang menimbulkan tanda-tanya ramai manusia dan pelbagai pendapat telah diutarakan.
- Ada yang mengatakan kerana medan magnet yang menarik ke dasar laut, kerana tempat itu berada di garisan Agonik (Agonic line), di mana utara magnetik sama dengan utara geografik.
- Ia juga merupakan tempat pertemuan arus sejuk dan arus panas, yang boleh mewujudkan medan magnet. Juga diakui adanya wap yang naik dari air kawasan tersebut.
- Ada yang mengatakan kapal-kapal tenggelam kerana adanya gas methana dan terjadinya proses Methane hydrate yang mengurangkan ketumpatan air.
- Adanya satu kawasan yang diberi nama ‘Blue Hole’, tetapi ia masih diragui kerana Blue Hole tidak mampu untuk menyedut kapal-kapal besar.
- Terjadinya ribut dan ombak laut yang amat besar menenggelamkan kapal-kapal yang melaluinya.
- Ada pula pendapat mengatakan mereka diculik oleh makhluk asing yang tinggal di situ.
- Dan tidak kurang yang mengatakan mereka diculik oleh kerajaan jin dan iblis.
Maka teori sekadar tinggal teori. Tetapi pendapat yang terakhir itu ada banyak relevannya dari segi kerohanian kerana ada banyak sebab. Antaranya;
- Iblis dan jin telah banyak yang lari ke kawasan lautan dan dasar laut.
- Syaitan amat suka bermain-main di tempat antara cerah dan gelap, sejuk dan panas.
- Dajjal telah bersepakat dengan kerajaan Iblis, dan mereka mahu meniru dan melawan istana Nabi Sulaiman dahulu, lalu mereka bina singgahsana kristal di tengah lautan.
Maka timbul pula soalan, mengapa mereka mahu menculik manusia? Maka di situ tidak pastilah apa tujuan mereka. tetapi andaian-andaian boleh dibuat kerana mungkin mereka perlukan tenaga manusia untuk bekerja dengan mereka, mungkin mereka mahu mengkaji tentang tubuh badan manusia, mungkin mereka mahu mengawal manusia yang mereka culik itu dan menjadikannya spy bagi mereka dan macam-macam andaian lagi boleh dibuat kerana penculikan itu ada logiknya berdasarkan kepada banyak faktor.
Dan begitu juga dengan teori-teori yang berkaitan dengan sains tadi, semuanya ada logiknya. Cuma yang mana paling tepat masih menjadi misteri. Bukan sekadar misteri nusantara, tetapi Misteri Antarabangsa! Dan mungkin ia juga ada kaitan dengan misteri tenggelamnya benua Atlantis suatu masa dahulu.
Semua tempat yg merupakan pertemuan dua laut, yakni pertemuan antara aliran air panas dan sejuk, adalah kawasan yang dipilih oleh Iblis dan pembantu2nya sebagai pusat pemerintahan kerajaan dan negaranya. Seperti yg dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. ketika beliau melarang seseorang untuk duduk di antara tempat yang panas dan yang teduh. Beliau mengatakan, “Itu adalah tempat duduk syaitan”.
Kerajaan-kerajaan jin di atas air
Kita tinggal di atas Bumi yang merupakan 71% adalah permukaan air manakala hanya 28% daratan. Secara terangnya kita hanya menghuni hanya 1/3 dari kawasan Bumi (walaupun kita tidak menghuni secara padat). Iblis dan jin pula telah Allah ciptakan beribu-ribu tahun terlebih dahulu dari Allah mencipta Nabi Adam a.s sebagai khalifah di muka bumi ini. Menunjukkan betapa mereka sudah tersangat maju dalam sains dan teknologi sehinggakan tempat tinggal mereka berada di mana-mana termasuk di atas air.
Maka tidak hairanlah apabila kita melihat sekarang ada manusia pun yang dapat berjalan atas air, walaupun dia bukannya seorang Islam yang warak. Tidak lain dan tidak bukan semua itu adalah dengan bantuan para jin.
Apa kesukaan jin dan kesukaan manusia?
Dan makhluk-makhluk halus yang terdiri dari unsur-unsur api, zarah-zarah mereka terdiri dari caj-caj elektrik, amat suka kepada tempat pertemuan antara panas dan sejuk. Maka Segitiga Bermuda dan Segitiga Formosa adalah antara tempat pertemuan arus panas dan sejuk yang terbaik di dunia kerana ia terletak strategik di tengah garisan khatulistiwa Bumi. Dan tidak lupa jin-jin juga suka makan asap, kerana asap juga berasal dari unsur api. Seperti mana kita manusia yang sukakan minuman segar, makanan yang hangat, buah-buahan segar dan menghirup oksigen dan udara segar kerana kita ini terdiri dari 4 unsur iaitu air, api, tanah dan angin. Air pasangannya api manakala tanah pasangannya angin.
Kesimpulan
Misteri 2 segitiga syaitan ini menghubung-kaitkan pula kepada beberapa misteri segitiga lain termasuklah
- piramid yang berbentuk segitiga,
- lambang syaitan dan kerajaan Israel yang berbentuk dua segitiga tonggang-terbalik dan gabungan segitiga-segitiga,
- konsep Trinity (3 dalam 1) di dalam agama kristian ,
- lambang-lambang segitiga yang banyak terdapat di serata dunia ,
- segitiga-segitiga emas (kawasan dadah),
- misteri UFO dan sebagainya.
Dan hendaklah kita ingat, bukan hanya manusia yang mempunyai kerajaan di dunia ini, tetapi ada lagi makhluk lain yang berkerajaan termasuklah kerajaan jin dan iblis laknatullah. InsyaAllah, bicara tentang pengetahuan bersangkutan hal ini akan disinambungkan dari semasa ke semasa. Segala komen adalah dialu-alukan untuk mengutarakan pendapat-pendapat anda. Wallahu a’lam
Rujukan :
1 – Dialog dengan jin muslim – Muhammad Isa Dawud.
2 – Wikipedia


copy from ++++>>> http://hikmatun.wordpress.com/

Bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem2 Hollywood

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Semoga sihat dan bahagia semuanya. Kali ini saya akan bawakan lanjutan dari topik berkenaan Illuminati yang ingin menegakkan New World Order di muka bumi ini tak lama lagi. Dan kali ini saya akan sentuh tentang bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem-filem Hollywood. Bagi yang masih tidak faham apa itu Illuminati boleh lah membaca topik-topik lepas yang berkaitan dengan Freemasons, Skull n Bones dan sebagainya tu. Kesemuanya itu berada di bawah satu organisasi besar yang diberi nama Illuminati.
Ada satu pengakuan dari bekas programmer / jurulatih perempuan yang asalnya bekerja dengan Illuminati. Tetapi dengan kesedaran-kesedaran yang beliau dapat kerana banyak dari kerja-kerja Illuminati itu yang tidak membawa kepada kebaikan, maka dia telah berhenti dan dia telah ditemubual oleh HJ Springer, Chief Editor di CentrExNews.com.
Antara isi-isi penting dari temubual itu saya cuba kemukakan setakat yang saya dapat. Menurut bekas Illuminist itu, Illuminati percaya bahawa untuk mengawal orang-orang awam mestilah dengan mengawal media terlebih dahulu. Bidang kewangan, media, undang-undang, kerajaan dan pendidikan adalah bidang-bidang yang menjadi sasaran mereka untuk menguasai masyarakat.
Bagaimana mereka melakukannya? Mereka tidak pergi kepada produser filem dan mengatakan “kami ni adalah ahli Illuminati dan kami mahu anda buat filem untuk mempromosikan agenda kami”. Mereka tidak sebodoh itu untuk terus secara terbuka menyatakan hasrat mereka. Tetapi mereka akan membentuk sebuah syarikat pelaburan kecil yang memberi tabung kepada filem-filem dengan idea-idea yang mereka mahukan. Secara rahsia mereka mengupah pelakon-pelakon, produser-produser, pengarah-pengarah dan penulis skrip, tetapi mereka tidak memberitahu mengapa dan kenapa mereka mahu idea-idea mereka itu dibuat.
Yang penting adalah duit, lebih-lebih lagi di Hollywood, jika anda ada duit maka anda boleh menyuruh untuk membuat apa sahaja filem di situ. Mereka juga boleh menyalurkan wang pada kempen pengiklanan filem-filem yang dibuat.
Illuminati bertindak dalam keadaan yang perlahan, sabar kerana mereka sudah berada di belakang tabir sejak beratus tahun yang lalu dan mereka tahu masyarakat awam adalah lambat menerima idea-idea baru. Bilangan filem-filem yang berkisarkan tentang PEMUJAAN juga telah banyak sejak 10 tahun yang lalu, tidak kah anda juga terfikir tentang itu?

Cuba kita fikir mengapa semakin banyak filem yang bertemakan pemujaan dan kuasa-kuasa luar biasa? Dan ianya akan memberi pengaruh kepada kanak-kanak terutamanya yang sedang membesar dan mencari identiti diri. Walt Disney juga adalah seorang Illuminist dan rancangan-rancangan terbitan mereka kebanyakannya untuk memprogramkan minda kanak-kanak dengan kuasa luar biasa dan sihir, is is is.
Banyak lagi filem lain yang melakarkan agenda Illuminist seperti The Matrix. Filem The Matrix ini pun sudah cukup menunjukkan kepada kita tentang agenda mereka yang ingin mewujudkan suatu dunia baru dengan kepakaran yang ada pada mereka yang sebenarnya hanyalah tahyul semata.
Dan filem seperti Starship Trooper terdapat banyak sangat simbol-simbol pemujaan di dalamnya. Menurut bekas Illuminist itu, dia sendiri telah membilangnya dan mendapati tidak kurang dari 100 simbol yang dijumpainya dalam filem tersebut. Dan rata-rata filem-filem seperti ini akan menyelitkan unsur seks seperti adegan di ranjang (pengaruh yang secara halus menular) dan tidak kurang juga unsur-unsur keganasan. Ini menunjukkan mereka mengajar kita membuat dosa dalam satu filem yang amat mempesonakan tanpa kita sedari.
Dan pada akhir temubual tersebut, dia berkata bahawa ramai juga Illuminist yang bukan sebenarnya jahat, tetapi mereka tertipu dengan organisasi Illuminati itu. Kerana mereka dirahsiakan dengan banyak perkara. Yang jahat dan mengatur agenda-agenda yang mengarut adalah orang-orang atasan mereka. Golongan bawah itu ibarat boneka sahaja kebanyakannya.
Maka dengan pengetahuan seperti ini, diharapkan kita dapat memantau aktiviti anak-anak dan adik-adik kita, agar tidak tergila-gila sangat dengan filem-filem barat yang mengajar terlalu banyak keburukan sebenarnya. Nak tengok tak apa, tetapi tengok sekadar hendak tahu dan kaji tentang agenda Illuminati, serta kawal mereka elok-elok dan terangkan kepada mereka mana-mana yang tidak betul, jangan hanya membiarkan mereka berkhayal dan mengintepretasi sendiri cerita-cerita tersebut. Kerana media adalah merupakan antara pengaruh utama yang dapat membentuk peribadi manusia.
Ada juga kebanyakan filem-filem itu terutamanya filem animasi yang nampak bagus, tetapi hakikatnya mereka mahu mengawal minda kita secara halus, mahu kita rasakan ideologi dan pemikiran mereka bagus. Itu antara taktik mereka untuk jauhkan kita dari Allah. Jauhkan kita dari hidup beragama, tetapi hanya hidup dengan moral semata-mata tanpa ada kaitan dengan Tuhan. Itu yang kita mesti berhati-hati. Kita mesti ingat bahawa antara agenda utama Illuminati adalah untuk menghapuskan kehidupan beragama, kehidupan yang mengabdikan diri kepada Tuhan, maka mereka akan cuba bermacam-macam cara hinggalah kepada cara yang sehalus mungkin seperti memainkan perasaan manusia dan mempengaruhi kanak-kanak.
Sebab itu lah syaitan ni bukan hanya di kalangan jin, tetapi juga di kalangan manusia. Kalau manusia itu ajak orang untuk membuat jahat dan dosa, maka sama lah dia dengan syaitan dari golongan jin itu. Allah sendiri telah berfirman dan menerangkan kepada kita bahawa syaitan itu terdiri dari jin dan manusia.
Katakanlah: “Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari (golongan) jin dan manusia. Surah An-Naas

++++>>>http://hikmatun.wordpress.com/

Friday, March 25, 2011

FAKTA DAN RAHSIA AIR SEJUK

# Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

# Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

# Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

# Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

# Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

# Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

# Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

# Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

# Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

# Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan.

# Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

# Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

# Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

# Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

# Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

# Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

# Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

# Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

# Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan.

# Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

# Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar yang mana dibuat air penawar melalui bacaan ayat-ayat al-Qur'an dan selawat dengan bacaan tiga kali atau tujuh kali.

# Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

# Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

# Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwudu.

# Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil..

# Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan..

# Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

# Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut atau awet muda kata orang sekarang.



tapi klau xde air nak mandi po payah gak.....


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2008/10/fakta-dan-rahsia-air-sejuk.html#ixzz1HgL3WQe2

Saturday, March 19, 2011

sejarah moto sikal

Sejarah motosikal bermula apabila manusia cuba untuk memasang enjin pada basikal. Berikutan dengan itulah terhasilnya motosikal pertama di dunia yang digerakkan oleh enjin wap, diikuti dengan motosikal yang menggunakan enjin petrol pada akhir kurun ke-19. Sejak daripada itulah rekaan motosikal terus berevolusi mengikut zaman sehinggalah kepada model-model motosikal terkini yang dapat kita lihat pada hari ini.

Motosikal berkuasa petrol terawal dicipta oleh Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach pada tahun 1885. Hanya pada tahun 1894 motosikal mula dijual kepada orang ramai dan model pertama yang dijual adalah Hildebrand & Wolfmüller buatan Jerman.

Sejarah awal motosikal bermula di benua Eropah dan Amerika Syarikat, namun pada hari ini industri motosikal sebahagian besarnya dikuasai oleh pengeluar-pengeluar dari Jepun sepertiHonda, Yamaha, Suzuki dan Kawasaki. Malaysia juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan motosikal sendiri melalui penubuhan Modenas pada tahun 1995.


Jenis motosikal

Motosikal sport - lazimnya menggunakan enjin DOHC berkuasa tinggi antara serendah 50 cc 2 lejang hingga sebesar lebih 1400 cc 4 lejang. Kerangkanya direka dengan kukuh dan tegar agar dapat menampung kuasa enjin serta kelajuan yang tinggi, dan lazimnya kerangka superbike adalah dari jenis aluminium spar berkembar. Tempat duduk serta bar pemegang motosikal superbike dibuat rendah untuk merendahkan tapak graviti agar motosikal menjadi stabil pada kelajuan tinggi. Motosikal sport secara lazimnya mampu mencapai kelajuan tinggi, oleh itu motosikal sport sering digunakan di dalam perlumbaan. Motosikal sport lazimnya dibahagikan kepada beberapa kategori seperti hyper sport (1100 - 1400 cc), superbike (800 - 1100 cc), super sport (600 - 800 cc) dan motosikal sport kecil (50 - 400 cc).

Sports touring - Motosikal jenis sports touring mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama dengan motosikal superbike, tetapi beberapa perubahan dilakukan untuk memberi keselesaan kepada penunggang semasa perjalanan jauh. Tempat duduk serta bar pemegang ditinggikan untuk memberi keselesaan. Enjin juga ditala agar lebih menjimatkan bahan api.

Cruiser - Motosikal cruiser direka untuk perjalanan jauh. Biasanya enjin bagi sebuah motosikal cruiser mempunyai putaran enjin yang rendah, oleh itu enjin cruiser mempunyai kilasan yang tinggi tetapi kuasa kuda yang tidak begitu tinggi, oleh itu motosikal cruiser menjimatkan bahan api.
American cruiser / Chopper - Motosikal chopper adalah sejenis motosikal cruiser yang paling digemari di Amerika Syarikat. Motosikal chopper mempunyai bar pemegang yang tinggi, tempat duduk rendah, roda belakang yang jauh lebih besar daripada roda hadapan, pemijak kaki hadapan yang terletak jauh di bahagian hadapan serta digerakkan oleh enjin V berkembar sejukan udara. Secara amnya, motosikal chopper adalah berasaskan rekabentuk model-model motosikal Harley-Davidson.

Naked - Motosikal naked mendapat gelaran sedemikian kerana motosikal jenis sebegini menampakkan enjinnya serta tidak mempunyai fairing. Sifat enjinnya serta pengendaliannya adalah sama dengan motosikal sports touring.

Motocross / off-road - Motosikal jenis motocross direka untuk digunakan di luar jalan raya iaitu di jalan tanah merah yang tidak rata. Motosikal motocross mempunyai tempat duduk dan hendal yang tinggi, roda berjejari besar serta sistem suspensinya adalah keras dan mempunyai gerakan yang besar untuk menyerap daya hentakan di jalan tanah merah yang tentunya lebih kuat berbanding di jalan raya. Tayar motosikal motocross juga mempunyai bunga yang banyak bagi mengukuhkan cengkaman di jalan tanah merah.

Dual-purpose - Motosikal dwikegunaan ini mempunyai bentuk fizikal yang sama seperti motosikal motocross tetapi dipadankan agar selesa digunakan di atas jalan raya biasa.

Skuter - Motosikal skuter lazimnya ditenagai enjin kecil antara 50 cc hingga 150 cc, tetapi terdapat model-model skuter besar dengan kapasiti antara 250 cc hingga 900 cc. Motosikal skuter amat popular di Eropah kerana menjimatkan minyak serta mudah dikendalikan. Enjin skuter lazimnya terletak di bahagian bawah tengah dan lazimnya terdiri daripada enjin 1 silinder untuk meninggikan kilasan. Model-model skuter terawal menggunakan transmisi manual, tetapi hampir semua model skuter terkini menggunakan transmisi automatik CVT. Tangki minyak skuter kecil terletak di bawah tempat duduk, tetapi tangki minyak skuter besar pula terletak di bahagian hadapan. Skuter moden pada hari ini mempunyai ruang simpanan barang di bawah tempat duduk. Motosikal skuter direka berasaskan model skuter Piaggio Vespa.
Kapcai - Motosikal kapcai adalah model motosikal kecil yang amat popular di Asia berikutan kadar penggunaan bahan api yang rendah. Motosikal kapcai juga terdapat di Eropah, tetapi ia juga dipanggil skuter di sana. Motosikal kapcai digerakkan oleh enjin kecil antara 50 cc hingga 125 cc, oleh itu motosikal skuter amat menjimatkan bahan api dengan kadar penggunaan petrol serendah antara 38 km/L hingga lebih 50 km/L. Kebanyakan motosikal kapcai menggunakan transmisi manual tetapi menggunakan klac emparan automatik untuk memudahkan penunggang menukar gear tanpa menghadapi masalah enjin hampir mati kerana kurang cekap menggunakan klac manual. Seperti skuter, tangki minyak motosikal kapcai terletak di bawah tempat duduk. Motosikal kapcai direka berasaskan model Honda Cub.tetapi tahap keselamatan motosikal kapcai adalah rendah berbanding motosikal yang lebih besar.

Motosikal juga boleh dipasang dengan tempat duduk sisi (sidecar), malah ada gerai bergerak yang dipasang bersama-sama motosikal bagi membolehkannya diangkut ke mana sahaja.

Thursday, March 17, 2011

Adolf Hitler Peminat Islam: Sejarah Yang Disembunyikan

Keseluruhan Artikel Adalah Dari Email




Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
_________________________________________________________


Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...





Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : "Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau... 




Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...


Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy



Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds




Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.


Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :


1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.




Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :


(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...


Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.


Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar


Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.


" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah.






Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"


Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Monday, March 7, 2011

kah kah kah!!!!

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)

baru punye..

http://www.sabrizain.org/malaya/ledang1.jpg
FAKTA 1: Puteri Gunung Ledang
Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan mayat didalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina bin Abdullah.

FAKTA 2: Batu Bersurat TerengganuMengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macam mana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbh3NNXJVA5q4pW82DX8FAVmgcGLOBHr1PPAZcaFOVhVPokbGuBMtzGM40GNzhuZLPb6whnd3mFP4ThzARQynXWHTi7WQPZrUDPL-Etyf11bgcmrWZJiWU00eMTKgg0__uazS0vvRfHdE/+Sari.jpg
FAKTA 3: Keris Taming Sari
Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya disalah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.

http://www.radarheinrich.de/wtc-attack.jpg

FAKTA 4: Bangunan WTC Runtuh di New York
Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.

FAKTA 5: Taliban
Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka ingin menyerang Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.

----Gurauan sahaja-----huhu





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...