nuffnang

Saturday, March 26, 2011

Sepintas lalu tentang 2 Segitiga Syaitan

Salaaaam alaikum w.b.t……. Ramai yang dah tahu tentang 2 tempat istimewa ini. Cuma saya mahu mencorat-coret di sini sekiranya dapat menambah pengetahuan saudara. Bak Saidina Ali r.a pernah berpesan hendaklah kita mengenal kebaikan dan mengenal juga keburukan. Kita mengenal Allah dan kita mengenal juga syaitan. Tapi kenal syaitan jangan lepas tu bercinta dengan dia pulak! Tetapi kenal sekadar mahu tahu apa kelemahannya dan strateginya. Ibarat jika mahu berperang, mesti tahu dan kaji kelemahan musuh. Baru boleh berperang dengan baik insyaAllah.
Apakah dia 2 segitiga Syaitan ini?
2 Tempat popular itu ialah Segitiga Bermuda – Bermuda Triangle yang letaknya di antara perairan Florida, Amerika Syarikat – Puerto Rico, Mexico – dan kepulauan Bermuda (sila rujuk peta di bawah) di lautan Atlantik dan Segitiga Naga – Dragon’s Triangle (atau dikenali juga sebagai Laut Syaitan) yang letaknya diperairan Jepun iaitu di kepulauan Miyake, Lautan Pasifik, 100 km dari Tokyo. Dan segitiga ini berhampiran dengan satu lagi segitiga yang hebat sepertimana Segitiga Bermuda juga iaitu Segitiga Formosa yang berada di kepulauan Formosa, Taiwan. Dan bagi saya, Segitiga Formosa dan Segitiga Naga ini adalah seperti adik-beradik kerana ia amat hampir dan kejadian-kejadian aneh pun berlaku di sana sepertimana Segitiga Bermuda. Maka saya simpulkan bahawa ianya adalah kerajaan Iblis di sebelah timur , di samping Segitiga Bermuda yang mewakili kerajaan utama Iblis di sebelah barat.

Seperti yang anda dapat dilihat dalam peta-peta di atas, kedua-duanya berada di garisan tengah Bumi dan satu di sebelah barat (Segitiga Bermuda) dan satu di sebelah timur (Segitiga Naga). Kedua-duanya seperti sudah dirancang dan ada maksud yang tertentu. Cuma dalam firasat saya, yang sebelah barat itu adalah kerajaan yang mengawal sebelah barat Bumi manakala yang sebelah timur itu pula mengawal sebelah timur Bumi. Begitu strategik sekali pemilihan yang dibuat oleh mereka yang terlibat itu, isy7
Kedua-dua tempat ini sangat popular dengan kehilangan kapal, pesawat dan kehilangan-kehilangan misteri lain apabila melalui kawasan tersebut. Tetapi bukan kesemua yang melaluinya akan hilang, tetapi sejarah banyak membuktikan betapa terlalu banyak yang sudah menjadi korban dan akhirnya sepi tanpa berita (missing in action) di kawasan itu.
Mengapa kapal atau pesawat boleh ghaib dengan tiba-tiba di situ?
Ini lah yang menimbulkan tanda-tanya ramai manusia dan pelbagai pendapat telah diutarakan.
- Ada yang mengatakan kerana medan magnet yang menarik ke dasar laut, kerana tempat itu berada di garisan Agonik (Agonic line), di mana utara magnetik sama dengan utara geografik.
- Ia juga merupakan tempat pertemuan arus sejuk dan arus panas, yang boleh mewujudkan medan magnet. Juga diakui adanya wap yang naik dari air kawasan tersebut.
- Ada yang mengatakan kapal-kapal tenggelam kerana adanya gas methana dan terjadinya proses Methane hydrate yang mengurangkan ketumpatan air.
- Adanya satu kawasan yang diberi nama ‘Blue Hole’, tetapi ia masih diragui kerana Blue Hole tidak mampu untuk menyedut kapal-kapal besar.
- Terjadinya ribut dan ombak laut yang amat besar menenggelamkan kapal-kapal yang melaluinya.
- Ada pula pendapat mengatakan mereka diculik oleh makhluk asing yang tinggal di situ.
- Dan tidak kurang yang mengatakan mereka diculik oleh kerajaan jin dan iblis.
Maka teori sekadar tinggal teori. Tetapi pendapat yang terakhir itu ada banyak relevannya dari segi kerohanian kerana ada banyak sebab. Antaranya;
- Iblis dan jin telah banyak yang lari ke kawasan lautan dan dasar laut.
- Syaitan amat suka bermain-main di tempat antara cerah dan gelap, sejuk dan panas.
- Dajjal telah bersepakat dengan kerajaan Iblis, dan mereka mahu meniru dan melawan istana Nabi Sulaiman dahulu, lalu mereka bina singgahsana kristal di tengah lautan.
Maka timbul pula soalan, mengapa mereka mahu menculik manusia? Maka di situ tidak pastilah apa tujuan mereka. tetapi andaian-andaian boleh dibuat kerana mungkin mereka perlukan tenaga manusia untuk bekerja dengan mereka, mungkin mereka mahu mengkaji tentang tubuh badan manusia, mungkin mereka mahu mengawal manusia yang mereka culik itu dan menjadikannya spy bagi mereka dan macam-macam andaian lagi boleh dibuat kerana penculikan itu ada logiknya berdasarkan kepada banyak faktor.
Dan begitu juga dengan teori-teori yang berkaitan dengan sains tadi, semuanya ada logiknya. Cuma yang mana paling tepat masih menjadi misteri. Bukan sekadar misteri nusantara, tetapi Misteri Antarabangsa! Dan mungkin ia juga ada kaitan dengan misteri tenggelamnya benua Atlantis suatu masa dahulu.
Semua tempat yg merupakan pertemuan dua laut, yakni pertemuan antara aliran air panas dan sejuk, adalah kawasan yang dipilih oleh Iblis dan pembantu2nya sebagai pusat pemerintahan kerajaan dan negaranya. Seperti yg dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. ketika beliau melarang seseorang untuk duduk di antara tempat yang panas dan yang teduh. Beliau mengatakan, “Itu adalah tempat duduk syaitan”.
Kerajaan-kerajaan jin di atas air
Kita tinggal di atas Bumi yang merupakan 71% adalah permukaan air manakala hanya 28% daratan. Secara terangnya kita hanya menghuni hanya 1/3 dari kawasan Bumi (walaupun kita tidak menghuni secara padat). Iblis dan jin pula telah Allah ciptakan beribu-ribu tahun terlebih dahulu dari Allah mencipta Nabi Adam a.s sebagai khalifah di muka bumi ini. Menunjukkan betapa mereka sudah tersangat maju dalam sains dan teknologi sehinggakan tempat tinggal mereka berada di mana-mana termasuk di atas air.
Maka tidak hairanlah apabila kita melihat sekarang ada manusia pun yang dapat berjalan atas air, walaupun dia bukannya seorang Islam yang warak. Tidak lain dan tidak bukan semua itu adalah dengan bantuan para jin.
Apa kesukaan jin dan kesukaan manusia?
Dan makhluk-makhluk halus yang terdiri dari unsur-unsur api, zarah-zarah mereka terdiri dari caj-caj elektrik, amat suka kepada tempat pertemuan antara panas dan sejuk. Maka Segitiga Bermuda dan Segitiga Formosa adalah antara tempat pertemuan arus panas dan sejuk yang terbaik di dunia kerana ia terletak strategik di tengah garisan khatulistiwa Bumi. Dan tidak lupa jin-jin juga suka makan asap, kerana asap juga berasal dari unsur api. Seperti mana kita manusia yang sukakan minuman segar, makanan yang hangat, buah-buahan segar dan menghirup oksigen dan udara segar kerana kita ini terdiri dari 4 unsur iaitu air, api, tanah dan angin. Air pasangannya api manakala tanah pasangannya angin.
Kesimpulan
Misteri 2 segitiga syaitan ini menghubung-kaitkan pula kepada beberapa misteri segitiga lain termasuklah
- piramid yang berbentuk segitiga,
- lambang syaitan dan kerajaan Israel yang berbentuk dua segitiga tonggang-terbalik dan gabungan segitiga-segitiga,
- konsep Trinity (3 dalam 1) di dalam agama kristian ,
- lambang-lambang segitiga yang banyak terdapat di serata dunia ,
- segitiga-segitiga emas (kawasan dadah),
- misteri UFO dan sebagainya.
Dan hendaklah kita ingat, bukan hanya manusia yang mempunyai kerajaan di dunia ini, tetapi ada lagi makhluk lain yang berkerajaan termasuklah kerajaan jin dan iblis laknatullah. InsyaAllah, bicara tentang pengetahuan bersangkutan hal ini akan disinambungkan dari semasa ke semasa. Segala komen adalah dialu-alukan untuk mengutarakan pendapat-pendapat anda. Wallahu a’lam
Rujukan :
1 – Dialog dengan jin muslim – Muhammad Isa Dawud.
2 – Wikipedia


copy from ++++>>> http://hikmatun.wordpress.com/

Bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem2 Hollywood

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Semoga sihat dan bahagia semuanya. Kali ini saya akan bawakan lanjutan dari topik berkenaan Illuminati yang ingin menegakkan New World Order di muka bumi ini tak lama lagi. Dan kali ini saya akan sentuh tentang bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem-filem Hollywood. Bagi yang masih tidak faham apa itu Illuminati boleh lah membaca topik-topik lepas yang berkaitan dengan Freemasons, Skull n Bones dan sebagainya tu. Kesemuanya itu berada di bawah satu organisasi besar yang diberi nama Illuminati.
Ada satu pengakuan dari bekas programmer / jurulatih perempuan yang asalnya bekerja dengan Illuminati. Tetapi dengan kesedaran-kesedaran yang beliau dapat kerana banyak dari kerja-kerja Illuminati itu yang tidak membawa kepada kebaikan, maka dia telah berhenti dan dia telah ditemubual oleh HJ Springer, Chief Editor di CentrExNews.com.
Antara isi-isi penting dari temubual itu saya cuba kemukakan setakat yang saya dapat. Menurut bekas Illuminist itu, Illuminati percaya bahawa untuk mengawal orang-orang awam mestilah dengan mengawal media terlebih dahulu. Bidang kewangan, media, undang-undang, kerajaan dan pendidikan adalah bidang-bidang yang menjadi sasaran mereka untuk menguasai masyarakat.
Bagaimana mereka melakukannya? Mereka tidak pergi kepada produser filem dan mengatakan “kami ni adalah ahli Illuminati dan kami mahu anda buat filem untuk mempromosikan agenda kami”. Mereka tidak sebodoh itu untuk terus secara terbuka menyatakan hasrat mereka. Tetapi mereka akan membentuk sebuah syarikat pelaburan kecil yang memberi tabung kepada filem-filem dengan idea-idea yang mereka mahukan. Secara rahsia mereka mengupah pelakon-pelakon, produser-produser, pengarah-pengarah dan penulis skrip, tetapi mereka tidak memberitahu mengapa dan kenapa mereka mahu idea-idea mereka itu dibuat.
Yang penting adalah duit, lebih-lebih lagi di Hollywood, jika anda ada duit maka anda boleh menyuruh untuk membuat apa sahaja filem di situ. Mereka juga boleh menyalurkan wang pada kempen pengiklanan filem-filem yang dibuat.
Illuminati bertindak dalam keadaan yang perlahan, sabar kerana mereka sudah berada di belakang tabir sejak beratus tahun yang lalu dan mereka tahu masyarakat awam adalah lambat menerima idea-idea baru. Bilangan filem-filem yang berkisarkan tentang PEMUJAAN juga telah banyak sejak 10 tahun yang lalu, tidak kah anda juga terfikir tentang itu?

Cuba kita fikir mengapa semakin banyak filem yang bertemakan pemujaan dan kuasa-kuasa luar biasa? Dan ianya akan memberi pengaruh kepada kanak-kanak terutamanya yang sedang membesar dan mencari identiti diri. Walt Disney juga adalah seorang Illuminist dan rancangan-rancangan terbitan mereka kebanyakannya untuk memprogramkan minda kanak-kanak dengan kuasa luar biasa dan sihir, is is is.
Banyak lagi filem lain yang melakarkan agenda Illuminist seperti The Matrix. Filem The Matrix ini pun sudah cukup menunjukkan kepada kita tentang agenda mereka yang ingin mewujudkan suatu dunia baru dengan kepakaran yang ada pada mereka yang sebenarnya hanyalah tahyul semata.
Dan filem seperti Starship Trooper terdapat banyak sangat simbol-simbol pemujaan di dalamnya. Menurut bekas Illuminist itu, dia sendiri telah membilangnya dan mendapati tidak kurang dari 100 simbol yang dijumpainya dalam filem tersebut. Dan rata-rata filem-filem seperti ini akan menyelitkan unsur seks seperti adegan di ranjang (pengaruh yang secara halus menular) dan tidak kurang juga unsur-unsur keganasan. Ini menunjukkan mereka mengajar kita membuat dosa dalam satu filem yang amat mempesonakan tanpa kita sedari.
Dan pada akhir temubual tersebut, dia berkata bahawa ramai juga Illuminist yang bukan sebenarnya jahat, tetapi mereka tertipu dengan organisasi Illuminati itu. Kerana mereka dirahsiakan dengan banyak perkara. Yang jahat dan mengatur agenda-agenda yang mengarut adalah orang-orang atasan mereka. Golongan bawah itu ibarat boneka sahaja kebanyakannya.
Maka dengan pengetahuan seperti ini, diharapkan kita dapat memantau aktiviti anak-anak dan adik-adik kita, agar tidak tergila-gila sangat dengan filem-filem barat yang mengajar terlalu banyak keburukan sebenarnya. Nak tengok tak apa, tetapi tengok sekadar hendak tahu dan kaji tentang agenda Illuminati, serta kawal mereka elok-elok dan terangkan kepada mereka mana-mana yang tidak betul, jangan hanya membiarkan mereka berkhayal dan mengintepretasi sendiri cerita-cerita tersebut. Kerana media adalah merupakan antara pengaruh utama yang dapat membentuk peribadi manusia.
Ada juga kebanyakan filem-filem itu terutamanya filem animasi yang nampak bagus, tetapi hakikatnya mereka mahu mengawal minda kita secara halus, mahu kita rasakan ideologi dan pemikiran mereka bagus. Itu antara taktik mereka untuk jauhkan kita dari Allah. Jauhkan kita dari hidup beragama, tetapi hanya hidup dengan moral semata-mata tanpa ada kaitan dengan Tuhan. Itu yang kita mesti berhati-hati. Kita mesti ingat bahawa antara agenda utama Illuminati adalah untuk menghapuskan kehidupan beragama, kehidupan yang mengabdikan diri kepada Tuhan, maka mereka akan cuba bermacam-macam cara hinggalah kepada cara yang sehalus mungkin seperti memainkan perasaan manusia dan mempengaruhi kanak-kanak.
Sebab itu lah syaitan ni bukan hanya di kalangan jin, tetapi juga di kalangan manusia. Kalau manusia itu ajak orang untuk membuat jahat dan dosa, maka sama lah dia dengan syaitan dari golongan jin itu. Allah sendiri telah berfirman dan menerangkan kepada kita bahawa syaitan itu terdiri dari jin dan manusia.
Katakanlah: “Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari (golongan) jin dan manusia. Surah An-Naas

++++>>>http://hikmatun.wordpress.com/

Friday, March 25, 2011

FAKTA DAN RAHSIA AIR SEJUK

# Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

# Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

# Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

# Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

# Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

# Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

# Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

# Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

# Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

# Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan.

# Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

# Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

# Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

# Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

# Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

# Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

# Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

# Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

# Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan.

# Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

# Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar yang mana dibuat air penawar melalui bacaan ayat-ayat al-Qur'an dan selawat dengan bacaan tiga kali atau tujuh kali.

# Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

# Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

# Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwudu.

# Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil..

# Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan..

# Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

# Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut atau awet muda kata orang sekarang.



tapi klau xde air nak mandi po payah gak.....


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2008/10/fakta-dan-rahsia-air-sejuk.html#ixzz1HgL3WQe2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...